Thursday, March 29, 2012

macam mana dia berubah sekelip mata?

Dari tak pakai tudung, dia berubah ke dah berhijab..dari kurang bergaya, jadi makin bergaya..dari dah cantik jadi makin cantik(eh?)..cantik youu, guwa suka tengok..sangat trendy walaupun dia dah ada anak, dua orang anak dia, dua-dua laki, hehe..hmm, sekejap saya nak mengimbas kembali dia yang dulu, walaupun tak bertudung, tapi dia tak seksi sangat pun, dressing dia sopan lagi, lagipun dia memang asalnye bertudung..

Sangat pantas dan cepat dia berubah kot..tapi memang saya tengok dia selalu sangat shopping pakaian baru, tudung-tudung/selendang-selendang sejak dia berubah ni..maybe tengah matchingkan baju dengan tudung, kaler sume mesti kena sesuai..pastu tengah cari-cari pakaian-pakaian yang bersesuaian kot, maklumla dah berhijrah ke arah kebaikan..syok pulak tengok dia shopping, hari-hari singgah kat kedai-kedai kiosk kat tengah-tengah kl sentral tu, tak taw la dia beli ke, ke dia just belek-belek ke, suka hati dia la kan, aku nak sebok watpe, hehe..kekadang kat masjid jamek, tu je yang saya taw, yang selebihnya dia beli kat tempat lain saya tak taw la, hehe..

Walaupun bukan pakaian branded yang dibeli, tapi kena gayanye sangat cun weh, macam baju-baju mahal, kalah baju mahal kalau tak reti gayakan kot, hehe..skirt, dress, cardigan, shawl cantik-cantik, belt, heels, sangat teringin saya nak bergaya seperti itu..tapi..tapi tak taw la kenapa, saya tak boleh, hehehe..saya segan, malu, nak menyorok kat bawah meja je rasa, hahaha..mesti banyak jugak cost untuk dia berubah, tapi tak pe lah, berkorban ke arah kebaikan..insyaAllah, ganjaran Allah lagi byk sedia menanti..

Harap-harap kak yati tak baca blog saya ni, kalau dia baca mau kembang setaman dia, hehe..kak yati kawan opis saya, dia receptionist , sangat cun solid molid walaupun dah bergelar isteri, kelas gitu, hehe..kau lah idola ku kak yati, hehehe..tak de lak gmba dia nak tempek kat sini, hehe..dan kepada kak yati, semoga Allah memberkati penghijrahan mulia ini, aminn..


  • agak-agak kalau aku nak berubah sekelip mata macam tu mau penat b nak kena teman aku shopping, nak shopping sowang-sowang tak best..kan dah cakap saya tak leh kesorangan, hahaha..tips tak brape nak berguna kat sini, tukar-tukar lah ajak teman bershopping kalau taw diri kaki shopping tapi tak leh nak shopping sesorang..setakat window shopping leh je sesowang, hehe..

No comments:

Post a Comment