Semalam dah selamat sampai KL balik dah..awal lagi, pukul 7 lebih dah sampai Kajang..pastu tunggu komuter jap untuk ke Bandar Tasik Selatan..dari stesen Bandar Tasik Selatan kami jalan kaki je balik ke rumah..sampai umah dah pukul 9 kot, huhu..
Hmm, hari ni dah start meneruskan hari-hari seperti biasa dah..bosan jugak sebenarnye kadang-kadang, tapi nak buat macam mana, hidup perlu diteruskan (dah macam orang kehilangan semangat saje bunyinya, huhu)..pagi-pagi pegi keje mencari rezeki, petang baru pulang ke rumah, huhu..hari minggu hari untuk bersuka ria dan menenangkan fikiran, sungguh indah..terasa ingin hari minggu sentiasa, hehehe..
Kan best kalau dapat keje kat kampung..dapat duduk ngan family, tak payah berjauhan..duk kat Kelantan perbelanjaan pun maybe berkurang (ye ke?)..nak bawak kete pun rasa sedikit berani (berangan)..tak serabut ngan hiruk pikuk kota (ade juga hiruk pikuk, tapi kurang berbanding KL, huhu), kat kampung sangat aman damai permai tenang (ceewah)..dapat jumpa aisah selalu (dengan harapan saya dapat menjadi baik seperti dia, hehe)..daku bersyukur dengan segala kurniaanMu ya tuhan..teguhkan iman hambamu ini walau di mana jua berada, sesungguhnya imanku ini lebih nipis daripada kulit bawang, huhu..rezeki ada di mana-mana, kita cuma perlu rajin usaha, siapa tahu nanti rezeki di Kelantan pula, hehe..sekian..
No comments:
Post a Comment