Hari ni untuk kali keduanya aku scaling gigi untuk taun ni..wah wah, kemain rajin mencantikkan gigi (bab-bab cantik ni aku suka, sanggup bersakit-sakit dan berhabis wang ringgit, over dah tu, haha)..takdelah, ini sebenarnya sambungan daripada pergi tampal gigi kat klinik kerajaan yang tunggu appointmentnya sangatlah lama itu, hehe..first time scaling dulu kat klinik private, tu saya ade gak cite kat entry ni, hehe..
Seawal 8.45 pagi aku dah sampai klinik, awal bebenor, appointmentnye pukul 9, hehe..aku gerak keluar rumah kul 8.30 dah kot, tu pun dah gabra (dah lama tak guna perkataan ni, hehe) takut tak sempat, mana taw teksi takde ke hape (kalau sesorang mula la aku nak gabra tak tentu pasal, hehe), padahal dekat je klinik kerajaan bandar tun razak tu kot, hehe..takpelah, awal kira bagus la kan, orang pun akan anggap kita bagus (walaupun hakikatnya takdela bagus sangat pun, kalau keluar dengan b jangan harap nak punctual, membebel b marah aku lambat, hehe)
Dah sampai awal, nama aku pun awal dipanggil masuk bilik untuk scaling, tak pukul 9 lagi kot masa tu, lagi 5 minit nak pukul 9 kot..bapak kejap je scaling ngan doctor ni, dalam pukul 9 lima minit macam tu dah siap..dah la tak sediakan air untuk aku berkumur, terpaksa berkumur kat toilet..baru siap berkumur tak sempat nak lap mulut lagi nama aku dah dipanggil kat kaunter untuk wat bayaran dan ambil resit la kan..so, macam mana aku nak say terima kasih kat dia..kalau dah nak say thank you pun tak sempat, apetah lagi nak tanya macam-macam, huhu..memang macam ni kot scaling gigi kat klinik kerajaan..sorry to say, aku tak puas hati ngan doktor ni punye layanan, huhu..ape salahnya kalau disediakan kat situ air untuk aku berkumur terus, dah siap berkumur leh gak cakap terima kaseh kalau pun (kalau pun?) takleh tanya-tanya tips penjagaan gigi sikit..ok fine, aku taw dia sibuk, ramai lagi pesakit gigi (pesakit gigi?) lain yang dia kena treat, huhu..doktor yang free hair aitu lagi best, peramah lak tu, macam-macam leh tanye, huhu..kalau macam ni punye sekejap je scaling, baikla buat terus scaling ni masa tampal gigi aitu, takyahla aku nak kena datang lagi arini, buang masa, buang duit je (tak pasal-pasal dah membebel, huhu)..
Aku tak taw la kalau doctor yang free hair yang tampal gigi aku hari tu yang scaling gigi aku hari ni sama ke tak layanan dia..rasa macam lain, tapi tak taw la kan, huhu..dalam hati aku macam cakap, kalau doctor hari tu, mesti lama dan teliti sikit dia scaling sebab pengalaman aku tampal gigi dengan dia aitu ok..kalau setakat dia nak wat sekejap macam doktor hari ni, baik dia terus setelkan terus hari tu, tak payah nak wat next appointment, serba salah je, huhu..tapi leh jadi doktor mana-mana pun sama je, huhu..walaupun kejap doctor tu scaling, tapi sakit kot, nak terkeluar air mata daku, huhu..takleh tanding scaling kat klinik private, walaupun time tu kemain banyak plak kat gigi aku sebab tak pernah scaling seumur hidup la katakan, haha, tapi ok kot dia wat, takdela sakit sangat, huhu, tapi bayarannya pun best la kan kalau nak dibandingkan arini bayar rm2 je, hehe..kalau lah first time aku scaling kat klinik kerajaan ni, tak taw la macam mana, mau terkejut berok doctor tu, hehe, pastu sakit dia tak taw la, malas nak bayang, huhu..
Doctor tu bernasib baik sebab aku dah penah scaling gigi 3 bulan lebih yang lepas, hehe..hasilnye okla kot, rasa sama macam lepas scaling 3 bulan lepas jugak, terasa jarang-jarang gigi daku jadinya, terutama gigi depan bawah ni, huhu..tambang teksi pergi balik, rm10, melayang duit haku bak layang-layang, huhu..tak sangka pulak awal dan kejap bebenor siap scaling gigi arini..lepas ni dah takde appointment dah, sesuka hati saya lah mau pergi bila-bila, ke klinik mana-mana, hehe..rasanya taun depan la pulak kot saya akan ke klinik gigi lagi, taun ni dah banyak kali dah..sementara tunggu taun depan tu tolong la jaga elok-elok gigi tu wahai shahirah, huhu..
Walaupun tersangat awal lagi balik dari kelinik, baru pukul 9 lebih kot..tapi rasa malas lak nak masuk opis half day, alang-alang cuti full day terus lah, hehe..so, jenjalan je lah..jenjalan di hari minggu orang ramai gile, serabut kepala hotak..jenjalan di hari bekerja ok sikit, tapi still ramai gak..tak taw la kenapa manusia sentiasa ramai, tak keje kah diorang? sungguh tidak paham di situ, huhu..lepas lepak makan roti seketul kat tbs sementara tunggu pukul 10, belum kul 10 nanti kedai tak bukak lagi nak jenjalan, hehe..pastu aku pun decide untuk berjalan-jalan melihat alam dan mencuci mata di sungei wang kat bukit bintang, hehe..itu sajalah untuk hari ni, till then =)
- sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati, huhu..
No comments:
Post a Comment