Assalamualaikum..
Dah lama sangat dah tinggal update blog ni. Dulu alasan tak de laptop. Disebabkan tak de laptop saya dah terminate my broadband yang super lembab tu. Buat pe bayar je tapi gunanya tidak, kan? Ingat saya ni kaya sangat ke nak menderma kat celcom yang dah sedia kaya tuh.
Selepas saat itu bermulalah episod blog terabai tanpa diupdate lagi, hukhuk. Malas nak asyik pinjam laptop my bf je (time dulu la bf, sekarang dah kawin pun, hehe), dia pun nak guna jugak. Lepas tu, ada la bernasib baik dapat luckydraw dekat ofis dapat pc, tapi dah malas nak sambung broadband balik dah, hahaha.
Sekarang dah nak dekat setaun dah kahwin, kat rumah pun ada internet (bukan rumah sendiri pun, huhu), rasa rindu pulak nak update blog balik, hehe..Betapa lamanya kemalasan menghapdate blog melanda sampai sekarang baru nak rindu, bajet busy la kekonon, haha..ni tak tau la rindu hangat-hangat taik ayam ke ape, hahaha. Tapi rasa banyak benda nak kongsi kat blog, sebab kalau aku simpan sesorang lelama nanti haku hilang ingatan, sekarang pun dah nak hilang dah, kena perah otak nak flashback balik, wakaka. Pastu kalau orang tanya mula la terlopong, berpikir (macam jihyo ok) tapi tak dapat-dapat juga jawapan, hahaha. Kalau dah siap-siap ada kat blog, boleh suruh refer blog je..Hmmm, tapi sebenarnya tak pernah lagi setakat ni suruh orang refer blog, malu, segan, kalau boleh tak nak orang tau pun aku ada blog, pulak dah, apa pun tak boleh la dia nih, bhahahaha. Contohnya kalau orang tanya, "eh, kau kawin dulu habis brape ribu? pelamin brape ribu? makan brape ribu? baju sewa kat butik mana? mekap ambik kat mana?" eh, apsal semua soalan pasal kahwin je ni, haha. Kalau soalan pasal brape ribu tu memang akan tak boleh jawab lah aku kerana simpton short term memory. Sebab tu lah nak kena tulis kat blog sementara masih ingat lagi ni. Dah tua-tua nanti pun boleh baca balik, hehe..
Sebenarnye walaupun tak update, tapi aku selalu jugak buka blog, tengok gambar-gambar lama, nak baca macam malas sikit, hehe. Lepas tu tengok setiap hari macam ada orang view blog ni, komen pun ada beberapa, so rasa macam semangat nak tulis (or taip) blog balik nak berkongsi apa-apa saja, yang baik silalah ambil, yang tak berapa nak baik biarlah aku syok sendiri, hahaha.
Oklah, sehingga berjumpa lagi entry berikutnya setelah lama menyepi, hehe. For the first time in forever (sila nyanyi macam lagu frozen, hahaha) berani mati aku update blog kat ofis, bos ada pulak tuh, semangat tak semangat nak update blog balik bak hang, hahaha. Oklah, nak buat keje, assalamualaikum
No comments:
Post a Comment