Monday, April 9, 2012

first job saya

First job saya smpai sekarang kat patrick mirandah co., kat plaza sentral berhampiran dengan KL sentral (detail dah tu, hehe)..first day saya masuk keje ialah bersamaan 14hb 2, 2011, sehari selepas birthday saya, hehe..eh-eh, sedar tak sedar dah setaun lebih dah saya keje kat sini..patrick mirandah co. ni company yang menyediakan khidmat dalam intelectual property law (harta intelek dalam bahasa melayu, hehe) termasuk la patent, trademark, copyright dan banyak lagi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila ke www.mirandah.com..saya pun tak berape arif nak explain sebab saya hanya bekerja kat bahagian IT..

Seronok keje kat sini sebab dapat kawan yang baik-baik dan cantik-cantik (eh?), hehe..seronok jugak sebab keje kat sini tak tension, maklum la, bukan company IT, so takdela banyak sangat keje bahagian IT, hehe..tapi kadang-kadang bosan gak, gaji saya pun biasa-biasa je, takkan keje biasa-biasa nak gaji lebih-lebih lak, kan? huhu..tapi takpelah, janji saya sentiasa happy tak tensen pasal keje..kalau selalu tensen nanti muka cepat berkedut, cepat tua, hehehe..boss pulak (patrick mirandah la, kitaorang  panggil dia PM, hehe) baik orangnye dan kelakar juga, tapi sangat strict bila keje, biasala tu kan, hehe..dia orang singapore, family dia pun kat sana, KL ni hanya rumah singgahan je la, hehe (apesal banyak sgt hehe ni, macam hepy je, haha)..

Apa lagi nak cerita ye, tu je lah kot, sekadar mengingat kembali dah setaun haku keje, tapi takde perkembangan pape kot..tabungan pun still takde, pengetahuan pun takde peningkatan sangat kot, huhu..bila la nak berubah? huhu..

ni je kot gamba ofis yang saya ade, hehe..ni pun amek dengan hp lama..selamat bekerja dan selamat maju jaya



  • terima kaseh pm kerana sudi terima saya keje di opis yang cool ni..jasamu ku kenang..:-)


No comments:

Post a Comment