Wednesday, April 4, 2012

seksanya bila gigi dah start tak sempurna

Baru saya tahu dan rasai sendiri betapa seksanya ma dulu bila gigi dia rosak dan dia telah cabut semua gigi dan pakai gigi palsu..dia selalu mengadu susah nak makan terutama makanan-makanan keras, pastu bila dah pakai gigi palsu, baru-baru nak sesuaikan pun seksa, sakit gusi dia cakap, kesian ma, huhu..tapi sekarang dah ok kot, better than dulu, tapi bila dah pakai benda palsu mesti ade jugak kekurangannya kan?, mane bleh nak menandingi yang asli, huhu..

Sayangilah gigi anda, jangan biarkan dia rosak macam saya..nak kunyah ikan bilis goreng yang keras sikit pun rasa macam nak nangis je, huhu..gigi saya yang bawah belah kiri dah start berlubang, dua-dua geraham lak tu, bersebelahan..saya pun pelik cepat dia berlubang, saya rasa saya dah sayang gigi saya kot, lepas gigi geraham bell bawah belah kanan dah dicabut sebab berlubang jugak, pastu sakit, cabut la jawapan dia, saya dah serik kot, mulai hari tu saya rasa tak nak dah wat gigi rosak, nak jaga je betul-betul (tak cukup lagi ke kasih sayang saya?), huhu..dulu masa dia berlubang sikit ingat time balik kampung nak gi tampal, tapi bila dah balik kampung, hasrat selalu terbatal, ada saja halangan, duit tak cukup la, macam-macam..nak wat kat KL ni takut mahal (susah la kalau dah kedekut ni)..so sekarang lubang dia dah makin besar, makanan pun selalu tersumbat, mula la saya nak mencungkil, tu yang makin parah sekarang ni (anak-anak kat luar sana, jangan cungkil gigi ok, kalau ada makanan tersangkut kat gigi, pegi gosok gigi cepat-cepat)..

Saya pun tak paham kenapa gigi saya cepat sangat rosak? mungkin kurang makan sayur? mungkin salah cara gosok gigi? mungkin suka makan makanan manis? setelah digoogle searchkan memang semua kemungkinan tu betul, huhu..

So, ni beberapa tips untuk menjaga kesihatan gigi anda (meh sama-sama kita amalkan)
  • gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida ok untuk membantu memelihara ketahanan gigi (pilihla yang mana suka banyak ada kat pasaran, hehe), lagi kerap gosok gigi lagi bagus, kalau boleh setiap kali lepas makan (elok bawak berus gigi dan ubat gigi skali lah bila kuar, senang), tak pun sekurang-kurangnya berkumurlah selepas makan..gigi kita ni terdiri daripada 2 lapisan iaitu enamel (lapisan luar yg keras) dan dentin (lapisan dalam yang lembut), walaupun lapisan enamel tu keras tapi dia boleh larut jugak akibat hakisan asid dari makanan (bakteria yang terdapat dalam mulut akan menukarkan gula kepada kanji dalam makanan kepada asid yang akan menghakis gigi secara perlahan-lahan) yang menyebabkan enamel makin nipis dan lapisan dentin akan terdedah (ni dah start sakit la ni, huhu)..tu lah sebabnye kena gosok gigi lepas makan terutama kalau kita makan makanan yang kandungan gulanya tinggi (mostly makanan yang kita makan mengandungi gula walaupun sikit) bagi mengelakkan gigi jadi reput (macam gigi saya, huhu)
  • gosok gigi dengan cara yg betul..gosok gigi pun ada teknik dia taw, jangan main gosok sesuka hati je, tu yang gigi tak bersih tu (aku pun salah jugak sebenarnya, hehe, meh sama-sama kita betulkan)..ingat, jangan gosok gigi secara melintang, gigi takkan bersih sebab bulu-bulu berus tak kena dan tak masuk kat celah-celah gigi (ni pun aku selalu wat, patutla gigi aku bermasalah sekarang, huhu)..dan jangan juga memberus dengan kuat, nanti gigi akan senang terhakis terutama pada leher gigi dan menyebabkan gigi sensitif (aduh, baca pun dah terasa kesakitan itu, huhu)..lepas gosok gigi berkumur la pulak dengan listerine, lagi bersih gigi, hehe..





macam tu cara-caranya ye, jangan berus melintang lagi, rotan kang, hehe..

  • floss gigi (ni pun berapa kali dalam hidup je aku penah wat, jangan ikut macam saya ye, hehe)..saya ingat dulu floss gigi ni tak elok sebab saya rasa dia macam cungkil gigi je, salah tanggapan rupenya saya, hehehe..floss ni supaya bakteria hilang dan tiada plak gigi..ni cara-cara nak floss gigi

kalau susah nak pakai benang macam dalam gamba tu beli je dental floss yang dah siap pasang kat pemegang dia macam gamba kat bawah nih, senang je,kat farmasi ade jual punye..


  • pilih berus gigi yang berkepala kecil dan berbulu lembut, kalau leh yang bulu dia halus-halus kat hujung macam systema tu (alamak, iklan ke ni? hehe), sebab bila bulu macam tu dia senang nak masuk kat celah-celah gigi dan bila berkepala kecil dia boleh capai sampai ruang belakang gigi dan memudahkan pergerakan semasa menggosok, so gigi akan jadi bersih berseri, hehe..jangan pilih berus yg terlampau keras, sakit gusi nanti, huhu..
  • tukar berus gigi sekurang-kurangnya 3 bulan atau bila berus gigi tu kita rasa dah tak elok dan tak menyucikan gigi kita lagi..takyah la nak jimat sangat kalau berus gigi dah tak nampak macam berus gigi dah, hehe..
  • jumpa doktor gigi  ataupun cuci gigi (dia panggil scaling) setiap 6 bulan = 2 kali setaun, paling kurang pun sekali setaun (ni aku pun tak penah wat gak, bila gigi dah sakit baru reti nak cari dentist, huhu)..doktor gigi bleh cek kalau ade kerosakan awal, leh cegah awal-awal, mencegah lagi baik dari merawat tuan-tuan dan puan-puan sekalian..
  • dan juga jangan lupa banyakkan minum susu, makan sayur-sayuran dan buah-buahan dan kurangkan makan makanan manis (arghh, my feberet, huhu, leh je nak makan tapi pandai-pandai la gosok gigi lepas tu, kalau malas sendiri tanggung la kalau sakit nati, huhu)..
sumber: mymetro dan google

Nampaknye saya pun kena jumpa doktor gigi jugak lah..kena survey harga kat KL ni, kalau mahal sangat kena tunggu balik kampung nantilah, hehe..tuan dokter, tolong buat ape saje pada gigi saya, asalkan jangan cabut dan bagi dia tak sakit, bolehkah? hehehe



1 comment: