Semalam, tiba-tiba terbangun awal walaupun cuti, pelik di situ, tapi saya dah dapat agak, bila ada duit banyak lagi memang takkan tenang duk umah tido-tido sahaja, mesti kena kuar pergi jenjalan jugak, haha..arini dah janji dengan yuh nak gi pesta buku kat pwtc, tapi sebab bangun awal (awal bagi hari-hari minggu la, haha) rasa macam nak bawak anak-anak kak mah pegi breakfast kfc dulu lah, alang-alang semalam dah tak kesampaian nak makan kfc dengan b, lagipun ada kupon lak tu untuk breakfast kfc, kak mah bagi dapat kat dalam peti surat, tapi off rm1 je pun, tapi murah gak la, hehe..
So, lepas dah siap mandi-mandi bersiap, saya pun kuar dalam pukul 10 suku bawak eddy ngan emil je, esyah takleh bawak takut tak terhandle ramai sangat, lagipun ajak kak mah pun dia tak nak, huhu..ingatkan yuh mau pegi pesta buku dalam pukul 12 macam kemarin, sempatla kami breakfast dulu, dah abes breakfast, saya anta eddy ngan emil balik dulu..tapi rupanye awal pulak dia ajak kuar arini, siap breakfast sama-sama kat kfc lagi, so, terpaksalah kak mah datang amek emil lepas dah siap makan, kalau saya anta diorang balik, nati lama pulak yuh ngan kawan dia tunggu, huhu..eddy nak ikut gi pwtc skali, takpelah eddy dah besar, dah biasa jalan jauh, emil tak boleh takut dia tak larat, huhu..tak best pulak bawak budak dua org ni makan kali ni, tak nak makan, ngantuk la macam-macam, huhu, ni wat takde semangat dah nak ajak len kali ni, huhu..
tetiba rasa gedik nak pakai tudung macam ni arini, hehe
berjalan di susur gajah nak ke tbs
yeay, ni dia breakfast kami..rm23.90 kalau tak silap..berbaloi la kan
hehehe, rasa macam kelakar tengok muka saya pakai tudung macam ni, hehe
ni pancake dia
ni pulak yang dalam kotak 1 lagi, saya ingat pancake gak, hehe..so, cukupla burger sowang 1 (roti ngan ayam tu dijadikan beger)
eddy ok la, makan gak walaupun tak abes sikit..
emil tengok je, last-last bungkus wat balik, huhu
Dah abes breakfast gerak gi pwtc, ramai gile orang kat pesta buku..lama lagi pesta buku tu, sampai 6hb mei..mohla ramai-ramai pegi, membaca jambatan ilmu, hehe..aku beli 1 magazine hijabista je kat sini, tertarik la pulak tengok majalah baru ni, try lah beli, hehe..yuh pun beli 1 novel je, novel yang dia nak bukan ada lagi pun, saje je datang jenjalan..tapi kawan dia beli banyak gila kot novel, siap buat list lagi, memang berbaloi la ajak dia, naseb baik la saya tak gila novel, kalau tak, kena bajet duit tambahan untuk novel lak, hehe..takde gamba la pulak gi pesta buku nak letak kat sini, hehe..
hijabista, baru pengenalan punya keluaran..diana amir cover girl
Lepas siap beli buku, singgah makan kat chicken rice shop jap, tapi saya ngan eddy tak makan pun, order air je, diorang je makan, saya kenyang lagi kot breakfast tadi, hehe..dah siap makan, balik, sampai umah dah nak pukul 4 dah..yuh pun ikut balik umah gak, hehe..
No comments:
Post a Comment